Sunday 7 October 2012

❝ Entry Bagaimanakah Itu? ❞

Assalamulaikum w.b.t




Oiit Korang, ayyakk~ jam di dinding sudah menunjukkan pukul 1.39 pagi. (padahal 1.39 petang esoknya baru publish :P ) Tapi, mata masih segar bugar mengintai dunia. Aku yang dari tadi dihanyut dilema yang....Oppps! Sudah Cukup Sudah. Apalah aku ni berpuitis bagai ni ayyo. "Weh, puteri. Ape motif kau buat entry ni doe?"

Ehem Ehem, actually Tuan2 dan Puan2 Sekalian. Di sini saya mengharapkan pendapat anda mengenai Entry Bagaimanakah Yang Menarik Minat anda untuk membacanya?

#1

Entry mengenai kisah hidup admin blog itu sehari2. Apa yang terjadi? Result Examnya? Hobinya dan sebagainya. Entry yang selalu cerita pasal akitiviti harian dia. Like "Gotong-Royong Di Sekolah Saya"/ "Bertemu Bintang Korea di Pasar Malam ".


#2

Entry yang padat dengan tutorial dan freebies. Tutorial pulak yg fresh2 which is yang belum ade orang yang buat lagi tutorial tu. Freebies pula, freebies yang top dan meletop2 gitu. Boom gedebabom!


#3

Entry tentang Isu Semasa yang berlaku di kalangan rakyat biasa mahupun artis2 popular. Plus, fakta2 or cerita yang pelik2 yang kadang2 tak terjangkau oleh akal fikiran. Atau, entry yang banyak post tentang cerita2  mistik yang menaikkan bulu roma gitu.


#4

Entry yang banyak menceritakan tentang retis2 k-pop, most of the entry cite pasal artis korea yang die suka jer.. like "Saranghaeyo Minho", "Top Bigbang Hensem Gilorrss". Lebih kurang cenggitulah.


#5


Entry yang selau sangat bercerita pasal cinta, live dia dengan boyfie/ girlfie die. Sekejap bergaduh, sekejap berbaik, semualah liku2 percintaan dia bersama dengan kekasih hati.


#6

Entry yang sarat dengan koleksi drama2 pendek, cerpen, puitis dan sajak. Like Main entry tu selalunya berkisarkan tentang cerita2 pendek yang menarik hati. Senang cerita, setiap one post tu satu drama/ cerita and so on.


#7

Entry yang banyak mengandungi unsur2 islamik. Maknanya, setiap post die tuh mesti ada diselitkan moral dan sebagainya. Entry dia pulak selalunya macam "Ketabahan Rasulullah Berdakwah", "Islam Itu Indah".


#8

And yang terakhir sekali, entry yang penuh dengan segmen dan contest yang dijoin oleh admin blog tersebut. Kebanyakan entry yang dia publish mesti pasal contest, giveaway atau segmen yang dijoin.

Semua jenis post ni puteri dah pernah baca dan lalui juga. Ada yang fun, ada yang bosan and ada jugak yang baca banyak kali pun tak faham2 jugak. -.-" Sambil2 blogwalking tuh puteri suka tengok cara penulisan blog tersebut. Kadang2 cara penulisan diorang sangatlah kreatif, ada jer fresh idea nak buat post. Antara yang puteri rasa blog yang best cara penulisan dia adalah Admin Blog Ini dan juga Admin Blog Itu. Lol, yang lain2 tu best jugak especially semua gaya penulisan yang dicoret oleh My Kewl Followers.

Cuma, bagi puteri diorang ni blogger berpengelaman. Dah besar panjang dah pun. So, gaya penulisan diorang mestilah lebih matang dan orang kata semua peringkat umur boleh rasa keseronokan baca entry tu kan? Daripada kita ni yang mentah lagi :P Lol!.

Dah tu jer lah kot~. Alhamdulillah, dapat jugak idea nak buat entry. Lama jugak nak dapat ilham bila dah kekeringan idean nak update blog ni. :D



No comments: