Tuesday 25 September 2012

Entry For UPSR Candidates

Assalamualaikum w.b.t and Selamat Sejahtera.



Entry ni exclusively made for those yang ada Peperiksaan Besar tahun ni. Aiik?! dah tu kenapa tulis UPSR jer?. Hah~ sebab eden takdo experience lagi menempuh PMR or SPM. Tapi, isi kat sini, semua calon peperiksaan boleh gunakan but if puteri letak for SPM and PMR candidates kang nanti orang kata puteri belagak pandai lah pulak kan?. Okay, stop with all that babling.

 Memandangkan, UPSR dah habis so puteri tak bolehlah nak bagi tips study kan? So, puteri nak bagi korang amalan2 harian untuk korang amalkan sebelum result korang tu keluar.


1. Solat Wajib jangan tinggal. Ini adalah kunci yang paling utama dan yang paling penting sekali. If, solat pun korang tak boleh nak buat. Hancuq lah.

2. Kalau boleh banyakkan Amalan2 sunat. If korang tak larat or apa benda semua. Pastikan, korang rajin buat Solat Sunat Hajat. 2 rakaat jer pun. At least, 3 kali dalam seminggu. And, pastikan korang baca Al-Quran tu. Kalau boleh 1 hari Sekali. Tak payah baca banyak2 pun. 1 hari tuh baca 1 page pun dah cukup. Yang penting Istiqamah (berterusan).

3. Elakkan dari mendengar cerita2 yang tak baik contohnya macam cerita2 mengumpat orang, cerita lucah dan sebagainya. Nanti kawan2 korang kata korang berlagak baik? Pedulikkan je. Yang penting korang tak dapat saham dok buat benda2 tu. *Memang susah sebenarnya nak buat, but at least korang ade effort ke arah kebaikan. Betul tak?.*

4. Jangan fikirkan sangat peperiksaan yang korang dah lalui tu. "Adduh, soalan 32 math paper 1 sampai soalan 40 aku salah lah, Mati aku". Macam mana korang tahu? Bincang dengan kawan kan? Please lah korang elakkan daripada buat perkara macam ni. Percayalah, nanti korang frust, bila frust dok pikir jer masalah korang tuh, Makan tak lalu, Solat pun tak Semangat, Nak baca Al-Quran? Jauh Sekali.

5. Banyakkan berdoa kepada Allah, dia yang menentukan segalanya. Manalah tau dia lembutkan hati pemeriksa tu ker? Siapa tahu? Kuasa Allah kan? Kalau boleh menangis lah dan rendahkan lah diri korang tu menadah tangan, meminta kepada yang maha kuasa. Sebagai insan yang kerdil ni, kita tak mampu buat apa2 pun sebenarnya. Takde siapa lagi yang boleh tolong kita selain Allah SWT.

Itu sahaja, banyak ker? Sebenarnya semua isi berbalik kepada isi yang sama jer pun kan?. Kesimpulanya, banyakkanlah ibadah korang. But, janganlah mase tunggu result keluar kemain solat siang malam tak henti2 tapi lepas dapat result straight A's, Sejadah pun tak pegang. Astaghfirullah, moga dijauhkan daripada perkara2 tersebut. Amin!.

Puteri setakat berkongsi jer. Semua yang puteri buat ni adalah untuk menbantu korang dan kerana Allah SWT. So, please jangan fikir negatip okay? :)

Korang2, jom singgah di blog Shawal, Shawal ada anjurkan contest yang sangatlah awesome! Korang menang tak menang still dapat hadiah!. Gempak tak gempak? Hadiah pun banyak dan menarik. Cepat, serbu blog shawal sebelum terlambat. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 4/10/2012. 

No comments: