Bunga? Bunga adalah suatu ciptaan tuhan yang sangat indah. Macam2 jenis bunga yang ada di muka bumi ini dari yang putih sehinggalah yang hitam ( eh!? ade ker? ). Jika seseorang lelaki tu bagi bunga kepada anda, anda dan semestinya anda. Mesti korang ingat dia suka korang kan? ( perasan oh korang ni :p ) tapi kadang2 bukan semua pemberian seorang lelaki membawa maksud dia suka kat korang, tapi mostly memang betul pun. Hakhak!.
Okay, mari kita menyelami bahasa bunga dan rahsianya ( ade gaya wartawan majalah 3 tak? ) Tapi korang ini tak semestinya betul sangat sebab sometimes orang bagi bunga tak ikut maksud pun main hulur jer pun kan? apa2 pun layan jer lah. Pengetahuan Am kan? ( yeke? ).
Bluebell (bunga loceng)
Saya akan sentiasa setia pada awak
Buttercup
Kecantikkan awak sangat memikat hati saya
Carnation
-Pink- Terima kasih
-Merah- Saya perlu berjumpa dengan awak
-Putih- Saya serahkan sepenuh cinta saya kepada awak
Chrysanthemum (kekwa)
-Gangsa- Saya suka awak tapi saya tak mungkin jatuh cinta dengan awak
-Kuning- Saya sukakan awak tapi sebenarnya hati saya telah dimiliki orang lain
-Putih- Saya sangat-sangat mempercayai kesetiaan awak dan tidak mungkin akan berpaling kepada yang lain!
Daffodil
Maaf! Saya tidak dpt membalas cinta yang awak hulurkan
Evening Primrose
Saya meminati awak
Fuschia
Berhati-hati! Orang yang kamu cintai ini sebenarnya membawa banyak masalah pada dirimu
Gladiolus
Kata-katamu melukakan hatiku
Honeysuckle
Terimalah bunga ini sebagai tanda cinta yang mendalam terhadap dirimu
Iris
Kamu dah nyalakan api cinta yang membara di dalam jiwaku ini
Ivy
Jumpa saya malam ini.
Lilac
-Ungu- Kamulah cinta pertama saya
-Putih-Kamu sungguh menawan dan semangatmu sangat ku kagumi
Lily
-Tiger lilies- Cintaku tidak mengenal erti sempadan dan sentiasa mewangi untukmu
-Lily putih- Lupakan diriku kerana sesungguhnya aku tidak sepadan untukmu
- Lily of the valley- Saya hanya mahu kamu sebagai kawan biasa, tidak lebih dari itu
Poppy
Boleh tolong sabar sikit tak? Kamu terlalu memaksa saya!
Rose
-Merah- I love you!
-Kuning- Saya dah jatuh cinta dengan orang lain. Maafkan saya!
-Putih- Saya tidak cintakan kamu. Harap kamu akan faham
Sweet-pea
Saya sangat menghargai setiap kenangan kita bersama. Harap awak pun begitu
Tulip
I’m crazy about you! Only you!
Violet
You’re so sweet
Wallflower
Biar apa yang berlaku, saya akan sentiasa menyintai awak
Sumber
No comments:
Post a Comment