Wednesday 1 August 2012

Oh! Pendakap Gigi

Assalamualaikum  


*kenapa? kenapa aku tak de gigi?*

Heyyo! pendakap gigi? pasti ramai yang mengenali pendakap gigi ini bukan? kalau tak kenal jugak google lah sendiri. Pastinya, seluruh dunia mengetahui benda ini kalau tak tahu memang sejujurnya anda ketinggalan zaman.lol. Baiklah, sori terpesong sikit daripada tajuk. Ok. Pastinya, bagi mereka yang berhajat nak membetulkan dan mencantikkan gigi mereka yang sedikit tidak tersusun itu semestinya harus menggunakan khidmat besi ini. Bagi mereka yang dah berjaya meluruskan gigi mereka menggunakan pendakap ini. Maka, tahniah diucapkan. :)

Terdapat beberapa keburukan yang kita dapat lihat pada besi atau pendakap gigi ini. Antaranya, adalah menjejaskan penampilan. Namun, tidak lupa juga ada di antara anda yang terconggok depan monitor ni sukakanya. Betul?. Tetapi, sebenarnya ada juga braces yang tidak menampakkan "keBESIanya" itu. Andai kata anda agak kuno dalam hal ini maka sgt diggalakkan untuk megetahuinya. :D Jom selongkar!



Nampak?. Ini adalah Invisalign Braces. Pendakap gigi seperti ini jarang dilihat atau mungkin selalu dilihat tetapi kita tidak menyedari kehadiranya kerana ciri2 fizikalnya yang sedikit Transparent atau dalam bahasa mudahnya, tiada warna,colourless. Jangan tertipu Invisalign Braces ni popular tau.

Ini adalah beberapa kelemahan Pendakap Gigi

  • Makanan boleh terjebak dalam kurungan.
  • Kebersihan mulut yang baik boleh menjadi lebih sukar , terutama menggunakan flos.
  • Anda tidak boleh makan makanan tertentu seperti gula-gula keras,daging yang liat, dan sebagainya.
  • Gigi anda boleh menjadi berlumuran dalam hal-hal tertentu dari kurungan
  • Anda perlu pergi berjumpa pakar ortodontik anda biasanya sekali sebulan untuk pelarasan.
  • Anda boleh membangunkan Pelat sementara apabila mempunyai peralatan seperti Penambah palatal bersama-sama dengan penyokong gigi.
  • Bibir menjadi lebih besar.
  • Bermain sukan akan memerlukan mouthguard.
  • Penampilan fizikal anda akan berbeza.
  • Berat badan anda boleh turun disebabkan oleh kurang makan makanan yang anda biasa makan.


Contoh Flos :




Di sini adalah contoh- contoh braces :


Metal Braces


Clear Ceramic Braces




Retainer


Retainer digunakan  bagi mereka yang mempunyai gigi yang tidak berapa teruk or untuk para pengguna braces. Sebab kenapa kita kena pakai retainer ni  adalah kerana sometimes lepas kita pakai braces kadang2 gigi tu bergerak . Jadi, dengan bantuan retainer ini akan me-mantainkan strukutur gigi kita. Tapi, ini tak wajib pon, terpulang kepada individu itu sendiri.

-------------------------------------------------------------------------------
p/s : Penat pulak taip pepanjang ni, but seronok :) fact to share right? :)
------------------------------------------------------------------------------

Credits :  Maizatun

No comments: