Thursday 26 July 2012

Dugaan Ramadhan





Assalamualaikum..

Setelah lama menyepikan diri dari dunia blog ini semestinya anda, anda dan ha! anda kat hujung tuh. Mari! Mari! yang jauh dtg dekat yang dekat mari rapat. Sememangnya anda semua merindui blog yang kurang comelnya ini. Ya! baguslah kerana sekarang ni anda dapat menghilangkan kerinduan yang bak ditusuk- tusuk itu dengan membaca entry ini. :).

Entry ini bukan lah bertujuan untuk merungut, mengeluh, memaki, marah dan sebagainya tetapi entry ini entry normal yang dilahirkan secara normal melalui jari-jemari puteri yang jelita ini. Baiklah, sekarang sudah hari ke-7 kita berpuasa. Alhamdulillah, kita masih diberi nikmat bernafas dan nikmat untuk pulun habis-habisan pahala pada bulan Ramadhan ini.

Ya, baiklah, pada hari ke 4 puasa, puteri mengalami sakit yang sgt comel iaitu demam. Menyebabkan isi di dalam kepala ku ini iaitu otak berasa sangat sakit! biji mata ku yang gojes nih terasa panas. Bibir? bibirku merekah bak jalan yang pecah2 tu. Tidak terhitung sakitnya. Tapi Alhamdullilah, puteri pernah dengar yg org kata kalau demam seluruh anggota tubuh badan kita diberi rahmat apalagi bulan ramadhan nih pahala dan rahmat pulak di-extrakan. Walaupun menahan sakit tetapi puteri gagahkan diri jugak buat solat terawih mase tu.

Lagi satu, orang kata kalau demam tu maknanya allah nak tingkatkan darjat kita. Hah, best kan? tapi akhirnya syukur puteri demam sehari jer, then dah baik. Korang yang sakit tu lagi2 dalam bulan ramadhan ni patut beryukur tau bukanya mengeluh! Memanglah sakit tak dinafikan tapi tak bermakna tu semua boleh membantutkan ibadah korang. Kalau rasa2 tak larat nak berterawih buat yang wajib pon dah cukup.

Hati-hati korang makin hujung ramadhan ni makin banyak amalan kita kena buat. Jangan sia-siakan ramadhan ni. Lagi2 malam Lailatul Qadar. Malam yang penuh rahmat dan malam yang lebih baik drpd seribu bulan. Barangsiapa yang beribadah pada malam itu maka dia dapat ganjaran seperti beribadah selama 80 tahun!. Dah Tahu? Sebagai Manusia kenalah saling ingat mengingati. Okay.. maniskan iman maniskan senyuman. :)

No comments: