Friday 1 March 2013

Random Post #1



Assalamualaikum w.b.t

I'm back! wuwuwuw disebabkan penipisan lapisan ozon dan kepupusan haiwan haiwan seperti orang utan dan tapir kini aku kembali bagi mencari kehidupan yang baru. Kekeringan idea menyebabkan "online diary" aku ni ditinggalkan tanpa ciuman kasih sayang tuanya. Haih, Malang sungguh .

First of all, wa nak cerita pasal sekolah dulu. Mesyuarat agung untuk Unit Uniform, Kelab Persatuan & Sukan Permainan blablabla so far aku tak dapat satu habuk jawatan pun. Tapi, aku tak kisah. Aku tak tau kenapa aku tak berminat nak pegang sebarang jawatan dekat sekolah. Mungkin, sebab makin tua kot ha ha. Tahun ni, dah 1 tahun setengah wa pegang jawatan pengawas sekolah yang bertanggungjawab dan berdedikasi. puiii

The increasing of homeworkssss membuatkan waktu aku online sangat terhad. Ha ha. Yang mana membuatkan aku makin layyzeehh. Aku rasa takde benda dah aku nak cerita pasal sekolah.

*

Sejak kebelakangan ini adik aku asek bebel dekat aku jer sebab sepahkan bilik. Halluuuu aku kemas kau sepah aku kemas kau sepah haa..sekarang lantak kau lah biar lah bilik tu tunggang terbalik pun tak kuasa aku. walauapapun, aku jugak yang akan dipertanggungjawabkan di atas  segala keper-sepah-an yang terjadi dekat bilik tu. So, sebagai seorang kakak yang bertanggungjawab dan menjadi contoh kepada adik adiknya kenalah jugak aku kemas bilik kesayangan aku tu tanpa hati yang rela.
Ha ha.
*

Aku ada search dekat google macam mana cara supaya dapat menghilangkan malas tapi haram jadah aku dapat sampai ke makhluk halus pebenda ntah dibawaknya.

*

Haih, aku teringin lah do nak upgrade fon aku yang aku rasa dah zaman metromillenium ni fon aku tu tahap biskut je. Aku try cakap dengan mama nak upgrade fon then mama ckp "ha, tu kufur nikmat namanya tu nanti allah tarik fon yang ada tu sekarang baru tau" hmmm, betul jugak cakap mama bila difikir fikirkan balik ha ha. At least aku android lah jugak daripada dak dak BB yang nak sangat android. huhuhu
*

Sedar tak sedar dah bulan 3 dah. Cepat betul masa berlalu. uhuk uhuk dah besar dah aku ni hahaha puih. Kerana kandungan molekul dalam badan yang mempengaruhi gelombang otak untuk memancarkan frekeunsi yang tepat menggunakan high definition baiklah aku mengundurkan diri sebelum ketidak warasan aku ni berjangkit dekat korang pulak. Assalamualaikum. xx

No comments: